Loader

Resipi Semperit Susu

2019-12-18
  • Hasil: 70
  • Porsi: 70
  • Waktu Persiapan: 15m
  • Waktu Masak: 15m
  • Selesai dalam: 30m
Penilaian Rata-rata

forkforkforkforkfork (5 / 5)

5 5 1
Beri nilai resep ini

fork fork fork fork fork

1 Orang menilai resep ini

Resep terkait:
  • Resep Tokebi Khas Jajanan Korea

  • Resep Stik Keju Mozzarella

  • Resep Kue Lobak Goreng / Chai Tow Kwai

  • Resep Kue Pukis

  • Resep Kue Gandus Khas Palembang

Resepi Semperit Susu yang gebu dan cair di mulut šŸ™‚ Bagi Che Nom biskut ini adalah biskut yang wajib dihidangkan pada hari perayaan, sebab disamping biskut moden lain, biskut klasik ni ada auranya yang tersendiri. Kanak-kanak pun pasti suka sebab rasa yang manis, berlemak dan rangup. Adunan doh kuih ni agak lembik dan melekat, tetapi jangan tambah tepung terlalu banyak sebab bagi Che Nom biskut ni dah elok sangat rangup dan gebunya. Simpan sekejap di dalam peti ais supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan terap.

Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
  4. Terap dan hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150Ā°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tips:

  • Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus. Oven Che Nom cuma mengambil masa 12 minit.
Jenis Resep: Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , Bahan:, ,

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

situs kuliner pastiterjual.com bursa lowongan kerja resep kuliner cookpad bursa jual beli barang antik situs jodoh